Monday, May 16, 2011

Tips untuk elak Akaun Facebook anda daripada digodam

  1. Ramai hacker yang hijack Facebook si mangsa dengan menggunakan extension Firesheep. So, sila hati-hati dengan extension Firesheep.
  2. Wajib selidik atau memeriksa sebarang link pemendek seperti http://goo.gl/M3lNj, http://bit.ly/Y97B, http://adf.ly/Zpk dan sebagainya sebelum klik link tersebut. Banyak akaun Facebook yang terkena jangkitan spam atau virus dengan hanya klik link pemendek tersebut. So, beware.
  3. Gunakan perisian Anti-Virus yang berkesan seperti Microsoft Security Essentials atau Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE dan selalu dikemaskini.
  4. Gunakan perisian Firewall yang berkesan seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE dan selalu dikemaskini.
  5. Selalu scan komputer anda dengan perisian Anti-Virus yang berkesan dan selalu dikemaskini bagi membuang sebarang perisian jahat.
  6. Password mestilah kukuh dengan kombinasi huruf, nombor dan simbol seperti askjyskjthsgafqkldshbd920!%{}. Jangan ambil perkataan dalam kamus sebagai password.
  7. Selain itu, elakkan menggunakan tarikh lahir, nama teman wanita, nama keluarga, nombor telefon, nama ibu, nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan sebagainya sebagai password.
  8. Memanfaatkan setting Account Security di akaun Facebook anda seperti di sini.
  9. Jangan menggunakan talian Wi-Fi yang diragui keselamatannya seperti di kafe siber, kedai kopi, kolej, universiti, restoran, hospital dan sebagainya untuk log in akaun Facebook anda.
  10. Jangan mendaftar di laman web yang lemah sekuritinya dan diragui keselamatannya seperti mendaftar di laman web jiwang.org dan sebagainya.
  11. Jangan pamerkan alamat e-mel anda di ruangan Info di Akaun Facebook anda.
  12. Jangan klik sebarang link yang dihantar ke alamat e-mel anda yang diragui keselamatannya.  Sila periksa dahulu siapa pengirim e-mel tersebut sebelum klik link tersebut.
  13. Jangan online Facebook anda di kafe siber.
  14. Jangan menjadi mangsa keylogger.  Sila gunakan perisian Anti-Virus seperti Kaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE untuk scan jika ada keylogger yang menusup masuk ke sistem komputer anda.
  15. Jangan install sebarang perisian crack ke dalam komputer anda.  Jika hendak crack sebarang perisian, gunakan serial number dan bukannya keygen.
  16. Jangan mencari gaduh dengan hacker atau penggodam. :D
*Tips di atas sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko akaun Facebook anda daripada digodam hacker. Akhir kata, stay safe. :D


Original source



.

No comments:

Post a Comment